selamat datang sayang....

Selamat Datang, Sayang....

Monday, 4 June 2012

DSAM 3


Sarah langkah satu kebelakang. Menghindari iskandar. “apa yang Is cakap ni. Sarah tak faham dan tak tahu apa salah sarah pada Is. Sampai Is sanggup nak batalkan majlis kita.” Berjurai air mata sarah mengenangkan nasib dirinya. Baju nikah yang tersarung tubuhnya kini tiada makna lagi. Hancur hatinya. Kata-kata yang lahir sendiri daripada mulut kekasih hati yang dia cintai selama 3 tahun ini sangat pedih untuk sarah terimanya. Iskandar hanya mampu tunduk melawan kata hatinya yang bercanggah dengan lafaz dibibirnya. Setiap titisan airmata yang gugur dari mata bundar sarah amat pedih sekali dirasainya. “sarah tak ada salah apa-apa dalam perkara ini. Sebenarnya Is belum bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai seorang suami bagi sarah” jawab iskandar. Sarah terpana akan jawapan yang diberikan oleh Iskandar. ‘belum sedia pikul tanggung jawab’ kata sarah didalam hatinya. “habis bila Is lamar sarah kat Landon itu semuanya satu mainan. Hantar rombongan merisik, meminang dan kita bertunang semuanya hanya mainan dan cinta Is pada sarah semua ini hanya mainan dan bukan satu tanggungjawab kita sebagai pasangan kekasih. Selama ini siapa sarah pada is.” Tanya sarah kepada iskandar. Sakit hatinya semakin dalam. Iskandar hanya mampu diam. Dia tidak tahu mahu berkata lagi dihadapan. Tak mungkin baginya untuk menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Iskandar mula untuk melangkah pergi untuk meninggalkan sarah. Sarah yang memandang gerak geri iskandar segera merentap tangan iskandar. Iskandar terkejut dengan tindakkan sarah. “is nak pergi mana? Pertanyaan sarah is belum jawab lagi” Tanya sarah lagi kepada Iskandar. Iskandar masih berdiam diri. “is, jawab lah. Jangan nak diamkan diri. Sarah tak suka. Susah sangat ke is nak bagi tahu jawapan bagi soalan sarah. Kalau is tak bersedia kenapa is teruskan semua ini. Kenapa is?” Tanya sarah sambil mengoyangkan tubuh iskandar yang terus kaku dihadapan sarah. “yes, Is memang belum bersedia untuk semua ini. I not ready with u, sarah.  Is buat sebab is takut kehilangan sarah. Tapi tadi malam is baru rasa diri is belum bersedia nak pikul tanggung jawab sebagai suami untuk sarah. Puasa hati awak sarah” jawab iskandar dengan suara yang tinggi. “is, tolong jangan buat sarah macam ni. Is dah janji nak bahagia kan sarah. Kita dah janji untuk bersama-sama untuk mengapai impian.” Rayu sarah kepasa iskandar. “aku minta maaf sarah. Aku tetap dengan keputusan aku. Pernikahan ini batal.” Tegas ucapan iskandar dibibirnya tapi rapuh hatinya didalam. Sarah melurut jatuh memaut kaki iskandar. Tangisannya semakin deras kedengaran mempamerkan rasa hatinya yang hancur lumat dengan setiap butir bicara iskandar. “is, jangan buat sarah macam ni. Sarah sayangkan is.” Sarah masih merayu dan memaut kaki iskandar. Tiada lagi maruah seorang wanita baginya hanya dambaan cintanya pada iskandar. Iskandar menarik tangan sarah dari terus memaut kakinya. Tarikan yang kuat tangan iskandar Berjaya melepaskan tangan sarah yang memaut kakinya. Sarah tertiarap memcium tanah. Iskandar terus berlalu meninggal sarah dilapangan padang yang luas. Sarah terduduk menangis dan memanggil iskandar. “Is!!!!!!!!!!!! Jangan tinggalkan sarah” jerit sarah.

Iskandar terus melangkah laju meninggalkan sarah. Tanpa menoleh dan mendengar jeritan namanya oleh sarah. ‘sayang, maafkan Is’ hanya didalam hati sahaja mampu iskandar ucapkan. Hannah dan haikal baru tiba di stadium. Haikal meluru kearah iskandar. Hannah mengekori dari belakang. “wei, is. Mana sarah. Apa yang kau dah buat kat dia” Tanya haikal dengan suara yang tinggi. Perasaan dia yang sangat kecewa akan tindakan iskandar terhadap sarah. Iskandar hanya diam. “wei is. Ko tak ada suara ke. Haikal Tanya jawab.” Hannah pula berkata. Hannah yang merasa geram dengan kebisuan iskandar mara mendekati dan pang!!!! Satu tamparan hinggap dipipi kanan iskandar. “wei apa ne kau hannah” teriak iskandar. “apa? Ke bendanya. Aku cukup dah cukup sabar dengan kau is. Kau memang jenis lelaki yang tak bertanggungjawab. Sanggup kau buat sarah macam ni” luahan kemarahan sarah. Iskandar masih memegang pipinya yang panas yang ditampar oleh sarah. “ini urusan aku dengan sarah. Kau semua tak perlu masuk campur. Kau Hannah jangan nak lebih-lebih.” Balas iskandar. “apa ingat aku takut dengan kau.” Balas Hannah. Keadaan disitu panas dengan 3 orang yang tahap kemarahan yang tinggi. “is, aku tak sangka kau sanggup buat semua ini dengan sarah.” Haikal kembali bersuara. Dirinya juga rasa gerun melihat api kemarahan Hannah terhadap iskandar. Dari jauh, kedengaran seseorang berlari dan menjerit memanggil nama iskandar. Sarah!!!!!!!!!.

Suara itu semakin dekat tetapi suara tersebut tenggelam timbul dengan tangisan. Iskandar yang merasa sarah semakin hampir segera beredar ke kereta. Enjin kereta segera dihidupkan. Sarah semakin hampir dan semakin hampir. Sarah mengetuk cermin tingkap kereta iskandar. Iskandar terus menekan minyak dan beredar dari situ. Sarah terjelepok jatuh ke jalan raya. Hannah dan haikal segera kearah sarah. Hannah memeluk sarah untuk menenangkannya. “sarah dah lah. Jangan macam ne. biar saje iskandar pergi” lembut ucapan Hannah. Haikal hanya berdiri melihatnya. Air mata sarah semakin deras mengalir. “sarah, jangan macam ni. Jom kita balik. Mama dan papa dah risau.”pujuk Hannah. Sarah hanya menangis. Hatinya rasa sakit teramat sangat. “apa salah aku Hannah? Sampai hati iskandar buat aku macam ni. Aku malu dengan mama, papa dan semua. Ramai orang datang. Aku malu” ucap sarah dalam nada sedunya. Haikal hanya diam dan mengelengkan kepala. Didalam hatinya berbisik ‘aku tak sangka iskandar sanggup buat macam ne dengan sarah’.

Sarah bangun berdiri bersama dengan Hannah. Matanya masih dikesat. Hannah memipin tangan sarah menuju ke kereta. “sarah, biar aku pandu kereta kau. Kau duduk jek disebelah.” Arah Hannah. Sarah hanya mengikut sahaja. Segera dia ke tempat duduk penumpang. Kereta sarah dan haikal segera keluar dari stadium tersebut..

bersambung...

p/s : try menulis.. n merupa kan impian...

No comments:

Post a Comment