Sarah berjalan laju menuruni tangga dengan kunci kereta ditangan. Hafis, abang sulung sarah menegur sarah. “ sarah!!!!!! Sarah!!!! Nak pergi mana? Pengantin lelaki belum sampai lagi”. Hafis semakin tercengang akan sarah yang berlalu pergi sahaja. Sarah terus berjalan menuju ke pintu utama rumah banglo. Diluar banglo tersebut, Dato Azhar segera mendapatkan sarah. “ sarah nak pergi mana?” Tanya dato Azhar. Dengan sedu sendan yang masih ada, sarah merebahkan kepalanya ke dada papanya. Dato Azhar membawa anaknya ketepi rumah. “kenapa Is buat sarah macam ini papa. Apa salah sarah.” Luah sarah kepada papanya. Dato Azhar menggosok belakang anak perempuannya untuk memenangkan perasaan sarah. “anak papa tak ada salah apa-apa. Is yang tak sesuai untuk anak papa. Sabar ye sayang”pujuk dato Azhar. Sarah segera mengangkat kepalanya dan menatap mata papanya. Datin Hayati datang menghampiri anak ketiganya. “sarah” sarah berpaling dan memeluk mamanya.Airmata datin Hayati tumpah mengenangkan nasib anaknya. Makin laju airmata sarah dan mamanya tumpah. Sarah segera sedar dan mengesat airmatanya. “ papa, mama, sarah nak keluar sekejap. Sarah nak cari Iskandar. Sarah nak tahu sendiri dari mulut dia kenapa dia batalkan majlis pernikahan kami.”ucap sarah. Dato azhar tidak berapa menyukai akan tindakan sarah tersebut. “kenapa perlu sarah pergi kepada jantan tak guna tersebut, patutnya dia yang datang kepada kita untuk jelaskan semua perkara ini”kata dato azhar. Hafis yang mendengar segala perbualan papa,mama dan adiknya berasa geram akan apa yang berlaku sekarang. “betul apa yang papa cakap. Sarah tak perlu jumpa jantn tu. Kalau abang jumpa dia, lebam biji matanya.”luah kegeraman hafis akan tindakan Iskandar. “papa, mama, along. Sarah perlu jumpa iskandar. Tak kisahlah siapa yang berjumpa dengan siapa. Sarah perlu perjelasan dari iskandar. Sarah pergi dulu” sarah beredar segera ke keretanya dan memadu laju keluar.
Hannah, mira dan haikal menghampiri dato Azhar dan Datin Hayati. “aunty, uncle macam mana sekarang” Tanya Hannah. “uncle nak Hannah, ,mira dan haikal pergi ikut sarah. Uncle tak nak apa-apa terjadi kat sarah. Sekarang sarah pergi jumpa iskandar. Tapi uncle tak tahu kat mana.” Arah dato Azhar. Hannah hanya mengangguk tanda faham akan arahan tersebut. “along, papa nak kamu handle majlis ini. Papa tak boleh nak fikir apa-apa lagi. Papa kecewa sangat.”luah Dato Azhar. “tak pe papa. Biar along handle semua ini”kata hafis. Dalam hatinya hnaya Allah sahaja yang tahu bertapa sakit hatinya terhadap tindakan Iskandar terhadap adiknya , sarah. ‘Sanggupkah keluarganya menanggung malu’kata-kata hafis didalam hatinya.
Sarah memandu laju menuju ke tempat yang mungkin iskandar berada. Perasaan yang pedih, luluh hatinya mengenangkan apa yang berlaku kepadanya. Sampai hati iskandar orang yang dicintai sepenuh hati sanggup menghancurkan hari mahligai yang telah mereka bina untuk hidup bersama. Airmata sarah jatuh bercucuran semakin lebat mengenangkan semua kenangan bersama dengan iskandar.
Sarah memberhentikan kereta di stadium bukit jalil dimana selalu iskandar pergi. Sarah berlari masuk kedalam sambil memerhati disekeliling sekitar stadium tersebut. Setelah beberapa minit kemudiaan, akhirnya dia ternampak iskandar sedang duduk di sudut stadium tersebut. Sarah berjalan menuju kearah iskandar.
Sarah berjalan kearah iskandar dengan perasaan yang sakit hati dan perasaan sedu sedan yang masih ada. Iskandar yang perasan akan kehadiran sarah segera berdiri. Perasaan yang bercampur aduk dengan masalahnya dengan sarah dan masalah besar yang dia hadapi sekarang. Sarah berjalan laju menuju ke arah iskandar. Iskandar segera turun dikaki tangga cuba untuk manghindar berjumapa dengan sarah. Tetapi sarah lebih patas merentap tangan iskandar. Berlaku pergelutan ditepi tempat duduk stadium tersebut.
“iskandar Tan sri Ahmad.” Tegas suara sarah menyebut nama penuh iskandar. Isknadar berhenti bergelut dengan sarah. Dia tahu jika sarah menyebut nama penuhnya maka tahap kemarahannya sudah ada. Sarah melepaskan tangan iskandar. Hatinya cuba ditenangkan untuk berhadapan dengan seorang lelaki yang dicintainya sepenuh hati dan sanggup memusnahkan impian yang dibina bersama untuk hari ini. Sarah memandang lama wajag iskandar. Hanya bahasa isyarat diberikan iaitu untuk mendengar alasan kenapa majlis pernikahan yang dirancang 3 bulan lalu harus musnah. Iskandar yang mengerti akan permintaan tersebut hany berpura-pura tidak mengerti akan isyarat tersebut. Bukan dia tidak mahu menerangkan dan memberitahu hal sebenarnya tetapi dia tidak mahu sarah tahu apa yang sebenarnya berlaku. Sarah masih menunggu penjelasan iskandar. Hatinya semakin berkocak menunggu semua itu, hatinya makin parah akan diamnya mulut iskandar untuk berbicara.
“iskandar, saya tunggu awak untuk berikan penjelasan kenapa awak batal kan majlis pernikahan kita. Awak hanya diam membisu” sarah mengalah dan membuka suara setelah menunggu untuk iskandar membuka suaranya. Iskandar bergerak menuju ke padang hijau yang lapang. Baginya padang tersebut tidak mengambarkan perasaanya. ‘sayangku, sarah. Maafkan is’ hanya itu disebutnya didalam hati. Berat mulutnya untuk berbicara. Sarah mengekori langkah iskandar. “is, cakap kenapa is buat sarah macam ne. sarah tunggu lama is kat rumah. Is tak datang. Kenapa is.’ Sarah mengoyangkan badan iskandar dan airmatanya mengalir setelah ianya berhenti seketika tadi. Hati iskandar terhiris melihat airmata kekasih hatinya gugur dihadpannya. Dia tak sanggup untuk melihat sarah menangis kerana perbuatannya. Tanpa iskandar sedar, tangannya menyapu lembut dimata sarah untuk menghapuskan airmata kekasihnya. Lantas iskandar memeluk sarah. “is, minta maaf sarah.” Hanya itu yang diucapkan sekian lama iskandar mendiamkan dirinya. Sarah mula cair akan permintaan maaf iskandar. Baginya mungkin iskandar sedar kan kesilapannya dan majlis pernikahan untuk menyatuhkan hati dan cintanya bersama iskandar menjadi suami isteri akan tercapai. “tak Is. Masih ada masa lagi untuk kita balik ke majlis kita.” Balas sarah. Iskandar makin rasa bersalah. Sarah salah erti akan permintaan maafnya. “bukan itu sayang. Is tetap kan batalkan majlis ini.” Ucap Iskandar. Sarah tersentap dan segera menarik badanya daripada pelukkan iskandar.
bersambung....
bersambung....