selamat datang sayang....

Selamat Datang, Sayang....

Monday, 27 August 2012

wish Birthday M.A.T..

otAnjOObi GozaImasU OmeDaToo...

mungkin ianya tak lah sehebat dulu rasa hati ini.. dah lama benda tu berlaku... mengajar erti satu perasaan yg indah.. walaupun...????????? hanya tuan badan ini yg tahu.. mungkin tahun sebelum nya ucapan itu terlalu istimewa.. tapi sejak setahun ini ianya hanya satu kerja rutin setiap tahun.. kerana ianya pernah jadi sejarah.. apa2 pun happy birthday yg ke 24 tahun pada 21 OGOS...

salam, ARRISA AZILAH ADAM..

lamanya Blog Arizidam Tidak Berentri baru..

salam... syawal dh pun masuk hari ke 9.. baru sekrang ada masa untuk menulis.. mengembangkan bakat menulis.. menyusun ayat. yg penting ejaan tu.. dari sekolah smpai dh habis diploma ejaan Siti Nurazilah ada yg salah juga..(hehehehe).. biasa lah.. lama tak update Novel Sendiri.. idea ada.. ada lah menulis cikit masa kerja tuk hilang rasa boring.. opssss.. Arizidam dah kerja..? lupa nk gi tahu ARIZIDAM dh kerja... kat sebuah pasaraya kat kota... dekat area taman dekat umah.. pasaraya apa....? cari lah sendiri.. sejak kerja masa pun tak tersusun sekarang... masuk pagi balik petang.. ada tu masuk pagi balik malam.. n lg satu, masuk tgh hari balik malam.. penat22.. tapi biasa lah kerja..

baru rasa cam mana mak ayah kerja. cari rezeki.. kita sbgai anak tahu.."mak nak duit" tu jek... ARIZIDAM kerja sebab nk cari duit... nak bayar PTPTN.. kumpul duit.. pada masa yg sama tgh tunggu kerja lain tau sambung belajar.. huhuhu.. 

lama tak taip tangan n jari pun lenguh.... tapi tangan ne dipakai hari2 masa kerja...
apa2 pun nanti smbung lah.. entiri DSAM akan smbung.. makan masa.. tu pun salah satu impian.. bila lh nk fokus dlm penulisan.. baru nk try2.. idea ada.. tapi biasa lajh kekangan masa nya.. apa2 pun usaha tangga kejayaan...

dah malam ne.. mahu tido.. walaupun esk OFF DAY...

salam tgh malam, ARIZIDAM
1.42 pagi, iSNiN (9 syawal 1433 hijrah)


Monday, 4 June 2012

DSAM 3


Sarah langkah satu kebelakang. Menghindari iskandar. “apa yang Is cakap ni. Sarah tak faham dan tak tahu apa salah sarah pada Is. Sampai Is sanggup nak batalkan majlis kita.” Berjurai air mata sarah mengenangkan nasib dirinya. Baju nikah yang tersarung tubuhnya kini tiada makna lagi. Hancur hatinya. Kata-kata yang lahir sendiri daripada mulut kekasih hati yang dia cintai selama 3 tahun ini sangat pedih untuk sarah terimanya. Iskandar hanya mampu tunduk melawan kata hatinya yang bercanggah dengan lafaz dibibirnya. Setiap titisan airmata yang gugur dari mata bundar sarah amat pedih sekali dirasainya. “sarah tak ada salah apa-apa dalam perkara ini. Sebenarnya Is belum bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai seorang suami bagi sarah” jawab iskandar. Sarah terpana akan jawapan yang diberikan oleh Iskandar. ‘belum sedia pikul tanggung jawab’ kata sarah didalam hatinya. “habis bila Is lamar sarah kat Landon itu semuanya satu mainan. Hantar rombongan merisik, meminang dan kita bertunang semuanya hanya mainan dan cinta Is pada sarah semua ini hanya mainan dan bukan satu tanggungjawab kita sebagai pasangan kekasih. Selama ini siapa sarah pada is.” Tanya sarah kepada iskandar. Sakit hatinya semakin dalam. Iskandar hanya mampu diam. Dia tidak tahu mahu berkata lagi dihadapan. Tak mungkin baginya untuk menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Iskandar mula untuk melangkah pergi untuk meninggalkan sarah. Sarah yang memandang gerak geri iskandar segera merentap tangan iskandar. Iskandar terkejut dengan tindakkan sarah. “is nak pergi mana? Pertanyaan sarah is belum jawab lagi” Tanya sarah lagi kepada Iskandar. Iskandar masih berdiam diri. “is, jawab lah. Jangan nak diamkan diri. Sarah tak suka. Susah sangat ke is nak bagi tahu jawapan bagi soalan sarah. Kalau is tak bersedia kenapa is teruskan semua ini. Kenapa is?” Tanya sarah sambil mengoyangkan tubuh iskandar yang terus kaku dihadapan sarah. “yes, Is memang belum bersedia untuk semua ini. I not ready with u, sarah.  Is buat sebab is takut kehilangan sarah. Tapi tadi malam is baru rasa diri is belum bersedia nak pikul tanggung jawab sebagai suami untuk sarah. Puasa hati awak sarah” jawab iskandar dengan suara yang tinggi. “is, tolong jangan buat sarah macam ni. Is dah janji nak bahagia kan sarah. Kita dah janji untuk bersama-sama untuk mengapai impian.” Rayu sarah kepasa iskandar. “aku minta maaf sarah. Aku tetap dengan keputusan aku. Pernikahan ini batal.” Tegas ucapan iskandar dibibirnya tapi rapuh hatinya didalam. Sarah melurut jatuh memaut kaki iskandar. Tangisannya semakin deras kedengaran mempamerkan rasa hatinya yang hancur lumat dengan setiap butir bicara iskandar. “is, jangan buat sarah macam ni. Sarah sayangkan is.” Sarah masih merayu dan memaut kaki iskandar. Tiada lagi maruah seorang wanita baginya hanya dambaan cintanya pada iskandar. Iskandar menarik tangan sarah dari terus memaut kakinya. Tarikan yang kuat tangan iskandar Berjaya melepaskan tangan sarah yang memaut kakinya. Sarah tertiarap memcium tanah. Iskandar terus berlalu meninggal sarah dilapangan padang yang luas. Sarah terduduk menangis dan memanggil iskandar. “Is!!!!!!!!!!!! Jangan tinggalkan sarah” jerit sarah.

Iskandar terus melangkah laju meninggalkan sarah. Tanpa menoleh dan mendengar jeritan namanya oleh sarah. ‘sayang, maafkan Is’ hanya didalam hati sahaja mampu iskandar ucapkan. Hannah dan haikal baru tiba di stadium. Haikal meluru kearah iskandar. Hannah mengekori dari belakang. “wei, is. Mana sarah. Apa yang kau dah buat kat dia” Tanya haikal dengan suara yang tinggi. Perasaan dia yang sangat kecewa akan tindakan iskandar terhadap sarah. Iskandar hanya diam. “wei is. Ko tak ada suara ke. Haikal Tanya jawab.” Hannah pula berkata. Hannah yang merasa geram dengan kebisuan iskandar mara mendekati dan pang!!!! Satu tamparan hinggap dipipi kanan iskandar. “wei apa ne kau hannah” teriak iskandar. “apa? Ke bendanya. Aku cukup dah cukup sabar dengan kau is. Kau memang jenis lelaki yang tak bertanggungjawab. Sanggup kau buat sarah macam ni” luahan kemarahan sarah. Iskandar masih memegang pipinya yang panas yang ditampar oleh sarah. “ini urusan aku dengan sarah. Kau semua tak perlu masuk campur. Kau Hannah jangan nak lebih-lebih.” Balas iskandar. “apa ingat aku takut dengan kau.” Balas Hannah. Keadaan disitu panas dengan 3 orang yang tahap kemarahan yang tinggi. “is, aku tak sangka kau sanggup buat semua ini dengan sarah.” Haikal kembali bersuara. Dirinya juga rasa gerun melihat api kemarahan Hannah terhadap iskandar. Dari jauh, kedengaran seseorang berlari dan menjerit memanggil nama iskandar. Sarah!!!!!!!!!.

Suara itu semakin dekat tetapi suara tersebut tenggelam timbul dengan tangisan. Iskandar yang merasa sarah semakin hampir segera beredar ke kereta. Enjin kereta segera dihidupkan. Sarah semakin hampir dan semakin hampir. Sarah mengetuk cermin tingkap kereta iskandar. Iskandar terus menekan minyak dan beredar dari situ. Sarah terjelepok jatuh ke jalan raya. Hannah dan haikal segera kearah sarah. Hannah memeluk sarah untuk menenangkannya. “sarah dah lah. Jangan macam ne. biar saje iskandar pergi” lembut ucapan Hannah. Haikal hanya berdiri melihatnya. Air mata sarah semakin deras mengalir. “sarah, jangan macam ni. Jom kita balik. Mama dan papa dah risau.”pujuk Hannah. Sarah hanya menangis. Hatinya rasa sakit teramat sangat. “apa salah aku Hannah? Sampai hati iskandar buat aku macam ni. Aku malu dengan mama, papa dan semua. Ramai orang datang. Aku malu” ucap sarah dalam nada sedunya. Haikal hanya diam dan mengelengkan kepala. Didalam hatinya berbisik ‘aku tak sangka iskandar sanggup buat macam ne dengan sarah’.

Sarah bangun berdiri bersama dengan Hannah. Matanya masih dikesat. Hannah memipin tangan sarah menuju ke kereta. “sarah, biar aku pandu kereta kau. Kau duduk jek disebelah.” Arah Hannah. Sarah hanya mengikut sahaja. Segera dia ke tempat duduk penumpang. Kereta sarah dan haikal segera keluar dari stadium tersebut..

bersambung...

p/s : try menulis.. n merupa kan impian...

Tuesday, 15 May 2012

break off my love...=(

maybe semua tersentap.. tapi hati aku lagi tersentap.. dulu kita pisah tapi temu balik.. mungkin jodoh. menyambung balik ikatan dulu.. maybe hubungan nya tak rasmi mcm pasangan couple lain.. tapi aku tak kisah... maybe aku ngan kau tak pernah kuar date.. sebab jauh,, aku faham... hanya sekejap rasa perasaan istimewa ini.. pas tu aku dgn ko ambil keputusan untuk pisah sekejap untuk bagi peluang aku fokus untuk study.. dan kau janji untuk aku dan kau smbung pas aku habis.. tapi mana kau..

aku msg kau tak balas.. sampai aku putus asa.. aku rasa tawar untuk semua itu.. kalau tunggu kau buka mulut bagai gantung tak bertali.. klau kau tak mahu nak ada relationship ini aku tak kisah.. aku tak sakit hati... maybe kau dh jumpa yg lebih baik dari aku..

apa2 pun aku doakan kau bahagia.. lepas ini jangan cari lagi aku.. aku harap apa yg kita buat 3 tahun lepas hanya mimpi.. anggap kau tak pernah jumpa aku...

anyway thank a all kau kasi kat aku...

Saturday, 7 April 2012

DSAM 2

Sarah berjalan laju menuruni tangga dengan kunci kereta ditangan. Hafis, abang sulung sarah menegur sarah. “ sarah!!!!!! Sarah!!!! Nak pergi mana? Pengantin lelaki belum sampai lagi”. Hafis semakin tercengang akan sarah yang berlalu pergi sahaja. Sarah terus berjalan menuju ke pintu utama rumah banglo. Diluar banglo tersebut, Dato Azhar segera mendapatkan sarah. “ sarah nak pergi mana?” Tanya dato Azhar. Dengan sedu sendan yang masih ada, sarah merebahkan kepalanya ke dada papanya. Dato Azhar membawa anaknya ketepi rumah. “kenapa Is buat sarah macam ini papa. Apa salah sarah.” Luah sarah kepada papanya. Dato Azhar menggosok belakang anak perempuannya untuk memenangkan perasaan sarah. “anak papa tak ada salah apa-apa. Is yang tak sesuai untuk anak papa. Sabar ye sayang”pujuk dato Azhar. Sarah segera mengangkat kepalanya dan menatap mata papanya. Datin Hayati datang menghampiri anak ketiganya. “sarah” sarah berpaling dan memeluk mamanya.Airmata datin Hayati tumpah mengenangkan nasib anaknya. Makin laju airmata sarah dan mamanya tumpah. Sarah segera sedar dan mengesat airmatanya. “ papa, mama, sarah nak keluar sekejap. Sarah nak cari Iskandar. Sarah nak tahu sendiri dari mulut dia kenapa dia batalkan majlis pernikahan kami.”ucap sarah. Dato azhar tidak berapa menyukai akan tindakan sarah tersebut. “kenapa perlu sarah pergi kepada jantan tak guna tersebut, patutnya dia yang datang kepada kita untuk jelaskan semua perkara ini”kata dato azhar. Hafis yang mendengar segala perbualan papa,mama dan adiknya berasa geram akan apa yang berlaku sekarang. “betul apa yang papa cakap. Sarah tak perlu jumpa jantn tu. Kalau abang jumpa dia, lebam biji matanya.”luah kegeraman hafis akan tindakan Iskandar. “papa, mama, along. Sarah perlu jumpa iskandar. Tak kisahlah siapa yang berjumpa dengan siapa. Sarah perlu perjelasan dari iskandar. Sarah pergi dulu” sarah beredar segera ke keretanya dan memadu laju keluar.

Hannah, mira dan haikal menghampiri dato Azhar dan Datin Hayati. “aunty, uncle macam mana sekarang” Tanya Hannah. “uncle nak Hannah, ,mira dan haikal pergi ikut sarah. Uncle tak nak apa-apa terjadi kat sarah. Sekarang sarah pergi jumpa iskandar. Tapi uncle tak tahu kat mana.” Arah dato Azhar. Hannah hanya mengangguk tanda faham akan arahan tersebut. “along, papa nak kamu handle majlis ini. Papa tak boleh nak fikir apa-apa lagi. Papa kecewa sangat.”luah Dato Azhar. “tak pe papa. Biar along handle semua ini”kata hafis. Dalam hatinya hnaya Allah sahaja yang tahu bertapa sakit hatinya terhadap tindakan Iskandar terhadap adiknya , sarah. ‘Sanggupkah keluarganya menanggung malu’kata-kata hafis didalam hatinya.

Sarah memandu laju menuju ke tempat yang mungkin iskandar berada. Perasaan yang pedih, luluh hatinya mengenangkan apa yang berlaku kepadanya. Sampai hati iskandar orang yang dicintai sepenuh hati sanggup menghancurkan hari mahligai yang telah mereka bina untuk hidup bersama. Airmata sarah jatuh bercucuran semakin lebat mengenangkan semua kenangan bersama dengan iskandar.

Sarah memberhentikan kereta di stadium bukit jalil dimana selalu iskandar pergi. Sarah berlari masuk kedalam sambil memerhati disekeliling sekitar stadium tersebut. Setelah beberapa minit kemudiaan, akhirnya dia ternampak iskandar sedang duduk di sudut stadium tersebut. Sarah berjalan menuju kearah iskandar.

Sarah berjalan kearah iskandar dengan perasaan yang sakit hati dan perasaan sedu sedan yang masih ada. Iskandar yang perasan akan kehadiran sarah segera berdiri. Perasaan yang bercampur aduk dengan masalahnya dengan sarah dan masalah besar yang dia hadapi sekarang. Sarah berjalan laju menuju ke arah iskandar. Iskandar segera turun dikaki tangga cuba untuk manghindar berjumapa dengan sarah. Tetapi sarah lebih patas merentap tangan iskandar. Berlaku pergelutan ditepi tempat duduk stadium tersebut.

“iskandar Tan sri Ahmad.” Tegas suara sarah menyebut nama penuh iskandar. Isknadar berhenti bergelut dengan sarah. Dia tahu jika sarah menyebut nama penuhnya maka tahap kemarahannya sudah ada. Sarah melepaskan tangan iskandar. Hatinya cuba ditenangkan untuk berhadapan dengan seorang lelaki yang dicintainya sepenuh hati dan sanggup memusnahkan impian yang dibina bersama untuk hari ini. Sarah memandang lama wajag iskandar. Hanya bahasa isyarat diberikan iaitu untuk mendengar alasan kenapa majlis pernikahan yang dirancang 3 bulan lalu harus musnah. Iskandar yang mengerti akan permintaan tersebut hany berpura-pura tidak mengerti akan isyarat tersebut. Bukan dia tidak mahu menerangkan dan memberitahu hal sebenarnya tetapi dia tidak mahu sarah tahu apa yang sebenarnya berlaku. Sarah masih menunggu penjelasan iskandar. Hatinya semakin berkocak menunggu semua itu, hatinya makin parah akan diamnya mulut iskandar untuk berbicara.

“iskandar, saya tunggu awak untuk berikan penjelasan kenapa awak batal kan majlis pernikahan kita. Awak hanya diam membisu” sarah mengalah dan membuka suara setelah menunggu untuk iskandar membuka suaranya. Iskandar bergerak menuju ke padang hijau yang lapang. Baginya padang tersebut tidak mengambarkan perasaanya. ‘sayangku, sarah. Maafkan is’ hanya itu disebutnya didalam hati. Berat mulutnya untuk berbicara. Sarah mengekori langkah iskandar. “is, cakap kenapa is buat sarah macam ne. sarah tunggu lama is kat rumah. Is tak datang. Kenapa is.’ Sarah mengoyangkan badan iskandar dan airmatanya mengalir setelah ianya berhenti seketika tadi. Hati iskandar terhiris melihat airmata kekasih hatinya gugur dihadpannya. Dia tak sanggup untuk melihat sarah menangis kerana perbuatannya. Tanpa iskandar sedar, tangannya menyapu lembut dimata sarah untuk menghapuskan airmata kekasihnya. Lantas iskandar memeluk sarah. “is, minta maaf sarah.” Hanya itu yang diucapkan sekian lama iskandar mendiamkan dirinya. Sarah mula cair akan permintaan maaf iskandar. Baginya mungkin iskandar sedar kan kesilapannya dan majlis pernikahan untuk menyatuhkan hati dan cintanya bersama iskandar menjadi suami isteri akan tercapai. “tak Is. Masih ada masa lagi untuk kita balik ke majlis kita.” Balas sarah. Iskandar makin rasa bersalah. Sarah salah erti akan permintaan maafnya. “bukan itu sayang. Is tetap kan batalkan majlis ini.” Ucap Iskandar. Sarah tersentap dan segera menarik badanya daripada pelukkan iskandar.




bersambung....

KONVENSYEN BeST PracTiCe ProJeCT UsaHawAn


masa perbentangan laporan final EQUALITY ENTERPRISE
dari kiri : munirah (pnlong.pengarah urusan), aisyah (pengarah urusan), zaihanti (p,pentadbiran), 
din (p.pemasaran), alina (p.kewangan), kak balqish (p.operasi)



menerima hadiah tempat ke3 best practice project usahawan EQUALITY ENTERPRISE



jawatan kuasa tertinggi EQUALITY ENTERPRISE

Equality Enterprise

setelah berhempas pulas selama 3 bulan melaksanakan projek usahawan 'Best Practice Project'. banyak pengalaman dan ilmu diperolehi daripada projek akhir untuk subjek usahawan ini. ada suka duka antara rakan kelas 28 orang DAT6E.

buat laporan progress, RP, final report, laporan jualan konvo dan slide show untuk konvensyen..
ada yang tak tido malam untuk siap kan segalanya.. apa2 itu semua adalah amanah bukannya satu beban..
ini semua untuk masa depan kita semua.

pada 5 April 2012, kemuncak Projek Usahawan BEST PRACTISE PROJECT CONVENTION usahawan SEM6 2012...

ada 5 buah kelas bertanding untuk merebut tempat pertama best project terbaik.

alhamdulillah, pengorbanan dan kerja keras berbaloi EQUALITY ENTERPRISE menang tempat ke-3 terbaik antara 5 kelas DAT6... thanks you kepada prenstation iaitu:


  • pengarah urusan (aisyah shah)
  • penolong pengarah urusan (munirah)
  • pengurus pentadbiran (zaihanti)
  • pengurus pemasaran (din)
  • pengurus operasi (kak balqish)
  • pengurus kewangan (alina)


penyokong dan pembantu disebalik kejayaan tak tido sehingga pagi :

  • penolong kewangan (nabila)
  • penolong pentadbiran (hazirah)
  • setiasusaha (arisa azilah adam)
dan juga semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk project ini..

sekian...

Saturday, 4 February 2012

i as a friend was losser..

aku tak tahu apa yg jadi skrg.. yg penting terasa semua berubah..
tak ada yg dulu.. mmg betul pun.. tak semestinya kit akan kekal sama.. mesti ada perubahan.. tapi berubah ke benda yg akan memberi sesuatu kesan tak baik pun tak bagus juga..
tapi yg penting saya penat meneahan sakit hati, air mata tumpah.. berharap ada sinar yg baik..