Sarah liyana merasa dicintai oleh seseorang lelaki. Cinta pertama yang dirasainya indah dan melayari percintaan itu bersama dengan iskandar. Bercinta ketika belajar di Landon membuatkan mereka bertekad untuk bersatu membina mahligai setelah tamat belajar.
Hasrat yang suci mendapat restu kedua-dua pihak. Dato Azhar dan DatinHayati antara orang yang paling gembira mengetahui tentang hasrat puterinya.Persiapan dibuat secara besar besaran. Pada majlis pernikahan tiba, iskandar membatalkannya dengan alasan belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.
“sarah tak ada salah apa-apa dalam perkara ini. Sebenarnya Is belum bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai seorang suami bagi sarah” ISKANDAR.
Perasaannya hancur dan sakit hatinya dengan tindakan iskandar. Terasa dirinya dipermainkan oleh lelaki yang berjanji untuk hidup bersamanya dengannya.
“is, tolong jangan buat sarah macam ni. Is dah janji nak bahagia kan sarah. Kita dah janji untuk bersama-sama untuk mengapai impian.” SARAH LIYANA.
Waktu merawats egala kedukaan yang dirasa Sarah. Kemunculan Ridza Hakim, membawa sarah kealam yang indah. Serasi bersama Ridza sebagai kawan lelaki yang rapat dan bersama berkongsi apa-apa sahaja. Bagi Ridza, sarah adalah wanita yang sudah mengisi kekosongan hatinya.
“sarah, sudi tak awak jadi seseorang yang bertakhta dihati saya” RIDZA HAKIM.
Bagi sarah,hatinya belum bersedia menerima seorang lelaki. Kesetiaan pada Iskandar dan penjelasan yang sebenar daripada iskandar masih kuat untuk memberikan peluang kedua kepada Iskandar.
Dapatkah cinta sarah dimiliki oleh Ridza? Adakah masih kukuh cinta sarah terhadap iskandar? Dapatkah iskandar membawa kembali cinta sarah yang dahulu?
“rid, saya rindu dengan awak. Saya rindu awak panggil saya sayang. Awak kata saya ‘kekasih’ awk” SARAH LIYANA.