selamat datang sayang....

Selamat Datang, Sayang....

Wednesday, 22 January 2014

rangka pertama impian


Sarah liyana merasa dicintai oleh seseorang lelaki. Cinta pertama yang dirasainya indah dan  melayari percintaan itu bersama dengan iskandar. Bercinta ketika belajar di Landon membuatkan mereka bertekad untuk bersatu membina mahligai setelah tamat belajar.

Hasrat yang suci mendapat restu kedua-dua pihak. Dato Azhar dan DatinHayati antara orang yang paling gembira mengetahui tentang hasrat puterinya.Persiapan dibuat secara besar besaran. Pada majlis pernikahan tiba, iskandar membatalkannya dengan alasan belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

“sarah tak ada salah apa-apa dalam perkara ini. Sebenarnya Is belum bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai seorang suami bagi sarah” ISKANDAR.

Perasaannya hancur dan sakit hatinya dengan tindakan iskandar. Terasa dirinya dipermainkan oleh lelaki yang berjanji untuk hidup bersamanya dengannya.

is, tolong jangan buat sarah macam ni. Is dah janji nak bahagia kan sarah. Kita dah janji untuk bersama-sama untuk mengapai impian.” SARAH LIYANA.

Waktu merawats egala kedukaan yang dirasa Sarah. Kemunculan Ridza Hakim, membawa sarah kealam yang indah. Serasi bersama Ridza sebagai kawan lelaki yang rapat dan bersama berkongsi apa-apa sahaja. Bagi Ridza, sarah adalah wanita yang sudah mengisi kekosongan hatinya.

“sarah, sudi tak awak jadi seseorang yang bertakhta dihati saya” RIDZA HAKIM.

Bagi sarah,hatinya belum bersedia menerima seorang lelaki. Kesetiaan pada Iskandar dan penjelasan yang sebenar daripada iskandar masih kuat untuk memberikan peluang kedua kepada Iskandar.
Dapatkah cinta sarah dimiliki oleh Ridza? Adakah masih kukuh cinta sarah terhadap iskandar? Dapatkah iskandar membawa kembali cinta sarah yang dahulu?

“rid, saya rindu dengan awak. Saya rindu awak panggil saya sayang. Awak kata saya ‘kekasih’ awk” SARAH LIYANA.

cinta B untuk Sayang...

assalamualaikum...

mungkin sayang tengah berbahagia dengan lelaki yang sayang cintai. b rasa cemburu sangat sangat. sebab bukan B yang ada dengan sayang. sayang jangan salah sangka ok.. B dapat terima semua sebab ini semua perlu B terima bila B yang bercinta dengan sayang walaupun sayang tak pernah menerima. B hanay kekasih gelap sayang. B tak tahu nak jelaskan rasa cinta B yang mendalam pada sayang. bila B rasa cinta B hanya bertepuk sebelah tangan B harap sayang akan dapat lelaki yang lebih baik dari dia. tapi jodoh sayang masih kuat dengan dia. B redha. sayang perempuan pertama yang buat hati B tak berpaling pada yang lain. sebelum ne tak terasa macam mana B cinta sangat sangat dekat sayang (hihihi). cinta B pada sayang melebihi nyawa B sendiri. masa sayang excident betapa runtuhnya hati B. B tak pernah menangis melampau untuk perempuan yang B pernah cinta tapi bila perkara itu berlaku pada sayang B macam hilang akal macam dunia ini tak bermakna pada B lagi. kenangan yang indah antara B dan sayang akan B kenangan selamanya. mungkin B akan jadi bujang terlajak. hati ini penuh dengan cinta untuk sayang. rindu nya hati ini bila tak dapat sehari jumpa sayang. dah 2 minggu B tak jumpa sayang sampai hari sayang baca surat ini. hati ini sakit sangat. hati lelaki yang sangat mencintai kekasihnya. B cuma minta izin biar lah cinta ini mekar mewangi dihati B untuk sayang. mungkin B akan tanggung dosa mencintai wanita yang bergelar isteri. tapi B tetap rasa sayang akan jadi milik B. rezeki, jodoh dan ajal semua Allah yang tentukan.

untuk sayang yang paling B cinta, kata-kata ini adalah yang terakhir B utuskan untuk sayang. B doakan sayang bahagia dengan dia. dia sangat beruntuk dapat memiliki sayang B Sarah Liyana. bersama dengan surat cinta B untuk sayang B selitkan baju nikah kita yang kita buat. ala masa itukan saja saja mana tahu jodoh kita ada. buat lah kenangan untuk sayang. kalau sayang pakai baju itu mesti nampak cantik kan. baju melayu B tu, sayang buat apa yang patut lah.. B tak sampai hati nak simpan or nak buang sebab seperti B buang kenangan kita.

yang terakhir, andai kata hati ini masih mencintai sayang izinkan ia bersinar dalam hati B. B doakan sayang bahagia. I love U so much my sayang..

ku mencintaimu lebih dari apa pun meski kau hanya kekasih gelapmu.


yang mencintaimu,

RIDZA HAKIM.

kubuang sudut hati ini untuk lelaki itu.

Mungkin aku terlalu damba kan ianya kembali. Kembali untuk menghuni selumut hati didalam jiwa ini. Teringat bila hati ini dan hati kau bersatu bertapa indahnya rasa itu ku lalui. Rindu, sayang, cinta sentiasa bermain dicibir ini dan kamu. Demi melihat aku melakar kejayaan kau memberi aku peluang mencapai impian yang diinginkan. Kau melepaskan aku bila cinta itu masih mekar. Aku turutinya. Aku pegang hati ini kerana masa yg tepat akan tiba dan hati ini akan bersatu kembali.

aku kini berjaya dipersada dunia. Gemilang dicipta dipuji menjulang. Bagaikan mimpi menjadi realiti.

Hati ini masih tetap sama tanpa secalit berubah masih terlalu mencintainya tapi hati lelakinya bagai mana? Aku bukan peramal, aku bukan bomoh bahkan aku tiada kuasa untuk tahu isi hatinya. Aku tetap percaya cinta itu tetap ada dan ianya akan bersatu.
namun hati ini dilanda seribu gurisan luka berdarah. Tak dapat aku lakarkan dgn kata kata ttg kelukaan ini. Dia memilih hati lain untuk menjadi ratu terindah dihati lelakinya. Tapi bukan aku. Bila hatinya berubah? Mungkin aku alpa hati manusia boleh berubah bila ada cinta. Kini tidak perlu lagi untuk aku simpan sudut hati. Cinta itu hilang bila garisan kelukaan terlakar. Terima kasih ttg rasa cinta itu. Cinta untuk lelaki itu aku hanyut kan dlm kenangan abadi

malam indah di menara eifil, paris.