“sara, maafkan is sebab is tak dapat nak meneruskan majlis ini. Maafkan is, sara” terkaku sementara sara akan kata kata yang diungkapan oleh iskandar. Tangannya menggigil dan dirinya dalam ketakutan. Dia menangis teresak esak.
Sara terjaga dari tidurnya. Dadanya berombak laju. Matanya berair. Sara mengelap air matanya dan sambil mengucap banyak. “aku mimpi rupanya. Sampai air mata pun keluar” bisik hatinya sendiri. Sara melihat jam locengnya jarumnya sudah pukul 6.00 pagi. Dia bangkit dari katil pengantinnya yang dihiasa cantik untuk majlis pernikahannya pada pagi ini. Sara ke bilik air untuk membersihkan diri serta mendirikan solat.
Dalam solatnya sara berdoa. “ya Allah, kau ampunkan lah semua dosaku, dosa kedua mama dan papaku, dosa adik beradik ku, dosa semua kaum kerabat ku Ya Allah. Aku memohon kepada mu kuatkan lah iman ku, untuk menghadapi segala cubaan. Aku memohon kepada Mu, rahmati lah majlis pernikahan ku dengan bakal suamiku Iskandar bin hamzah. Supaya majlis ini berjalan dengan lancar. Aku memohon kepada mu Ya Allah. Amin Ya raba Al amin.” Titisan air matanya gugur. “hari ini aku akan bergelar isteri” bisik hati kecilnya.
Ramai tetamu serta kaum kerabat sudah hadir dari pagi lagi. Mereka tidak akan melepaskan satu majlis yang dianggap meriah kerana ini merupakan majlis pertama bagi keluarga Dato azhar untuk anak perempuan dalam keluarga. Semuanya memberikan kerjasama agar majlis berjalan dengan lancar.
Didalam bilik pengantin perempuan dipenuhi oleh rakan-rakan sara dan juga sepupu yang hadir termasuk lah dua teman baik sara, mira dan Hannah. Sarah masih disolek oleh juru solek yang professional untuk touch up yang terakhir. Baju kurung moden yang ditempah khas oleh sara yang direka olah pereka fesyen terkenal Rizalman sungguh cantik dan menawan apabila di balut di tubuh sara.
“beb, berdebar pulak hati aku bila sara jap lagi nak dinikah kan. Pas ne kita jek berdua yang akan lepak. Sara dah jadi isteri orang. Sedih aku” kata mira. Disambut gelak ketawa mereka yang ada di dalam bilik tersebut. “aku yang nak nikah , ko pulak yang berdebar ye mira” balas sara.
Tiba-tiba pintu bilik dibuka, Datin Hayati muncul. “maaf ya. Aunty minta yang lain boleh keluar dari bilik ni. Jap lagi majlis nak mula. Juru kamera nak ambil gambar sara jap.” Tutur bicara lembut mama sara. Yang lain bangun untuk bergerak keluar. Hanya sara, mira dan Hannah jek yang tinggal di dalam bilik tersebut. Tidak lama kemudian juru kamera yang diupah masuk untuk mengambil gambar sara.
“sara pose manja2 cikit. Biar abang ko cair tengok ko” usik Hannah. Sara hanya mencebik muka. Hamper 20 kali dia pose untuk diambil gambarnya. Mira dan Hannah tidak melepaskan peluang mengambil gambar bersama dengan sara. “ok. Cik sara. Nanti masa akad nikah saya ambik lagi” kata juru kamera tersebut.
Jam menunjukkan hamper pukul 10.30 pagi. Sebentar lagi pihak lelaki akan sampai. Hatinya tiba-tiba dilanda gusar dan berdebar. “tadi ok jek hati aku ne. sekarang lain jek” sara bermonolog sendiri. Hannah yang perasaan akan perubahan muka sara datang menghampiri dan memegang tangan sahabat baiknya itu. “sara, rileks. Biasa lah wanita yang akan dinikahi akan megalami perasaan takut, berdebar. Ini kana pa yang aku impi kan bersama dengan iskandar” Hannah memberikan kata-kata semangat terhadap sara. Sara tersenyum dan hanya mengangguk.
Jam menunjukkan pukul 11.00 pagi. Pihak lelaki masih tidak tiba lagi.
Handpon Hannah berdering tiba-tiba. Tertera nama haikal, pakwenya merangkap pengapit pihak lelaki. Hannah mohon untuk keluar sebentar untuk menerima panggilan. Hannah menerima panggilan dan terus berkata “hello, haikal kat mana? Dah pukul 11 tak sampai lagi ke..”. “ haikal dah sampai. Ada kat luar ne. Hannah keluar sekejap.”. Hannah berkerut dahi. “oh, dah sampai. Ok..ok.. Hannah keluar sekarang”. Setelah talian dimatikan Hannah masuk kebilik sara untuk meminta keluar sebentar.
Hannah berjalan agak laju menuju kepintu besar rumah bangle Dato Azhar. Suasana yang agak meriah membuat kan hatinya gembira. Sebentar lagi sara akan dinikahkan. Setelah melepasi pagar besar milik rumah tersebut, Hannah tertinjau-tinjau dimana wajah haikal. Apabila dimemandang disebelah kira yang agak jauh dari rumah bangle tersebut, melihat haikal melambaikan tangannya. Hannah segera berjalan menuju kea rah haikal. Tapi Hannah pelik hanya haikal sahaja, mana keluarga pihak iskandar.
“haikal, mana is dan family dia. Dah sampai masanya untuk majlis pernikahan.”Tanya Hannah. Matanya masih tertinjau tinjau akan kelibat iskandar. Lama haikal diam. Dia takut dan tak tahu bagaimana untuk dia jelaskan kepada keluarga Dato Azhar dan kepada sara. “mana haikal. Masa berjalan. Kesian sara tunggu is lama” Tanya Hannah lagi. “is….is… dia…” tak sanggup untuk haikal memberitahu. Dia diamanahkan oleh family iskandar tentang apa yang akan berlaku kerana family iskandar terasa segan untuk berhadapan dengan keluarga sara atas perbuatan anaknya iskandar merangkap kawan baiknya.” Kenapa dengan is.? Cepat lah” Hannah geram nenanti jawapan haikal. “ iskandar tak dapat datang. Dia nak batalkan pernikahan ini.” Laju sahaja haikal melafazkan nya hanya dengan satu nafas. Hannah menjerit “what!!!!!! Nak batal kan.” Hannah amat terkejut dengan berita yang diterima. Air matanya menistis. Apa yang akan berlaku nanti. “Hannah, haikal tak tahu nak cakap apa dengan keluarga dato n sara. I don’t know.” Haikal berkata dalam nada ketakutan.
Hannah dan haikal melangkah masuk beriringan kedalam baglo tersebut. Kemeriahan yang dirasa oleh Hannah terasa pahit untuk ditelan. Mungkin ini bukan majlis bahagia bagi dia, tapi sara sahabat baiknya. Apa yang akan terjadi dengan saran anti. Hatinya terasa sayu untuk membayanagkannya. Hannah terpandang susuk tubuh Dato Azhar dan Datin Hayati, mereka menganggap sebgai ibu bapanya sendiri.
“uncle Har, Aunty Yati, maaf menganggu. Hannah nak cakap sekejap. Ada hal penting.” Ucap Hannah lembut. Dato azhar dan datin hayati mengikut Hannah masuk kedalam dan diiringi oleh haikal yang dibelakang. “ uncle kita bincang kat bilik bacaan boleh” pinta Hannah. Dato Azhar hanya mengangguk. Pada masa yang sama beliau melihat kelibat haikal. Tapi dia pelik kalau haikal ada mesti rombongan pihak lelaki ada sekali tapi dimana.. ataupun dia sampai terlebih dahulu.
Hanya Hannah, Haikal, Dato Azhar dan Datin Hayati sahaja di dalam bilik bacaan tersebut. “ ada apa yang Hannah nak bagi tahu tadi. Tapi kenapa haikal dah sampai dulu. Is dan family mana” Tanya Datin hayati. Haikal memadang muka Hannah untuk meminta pertolongan. Tetapi Hannah seperti tidak sanggup untuk memberitahu akan berita perit ini. Dengan kekuatan yang ada haikal bersuara “ maaf Dato, Datin. Apa yang saya akan cakap kan ini mungkin membuat kan Dato dan Datin terkejut. Iskandar hendak batalkan majlis ini” akhirnya terucap sudah apa yang ingin disampaikan. Muka Dato Azhar memerah dan Datin hayati terpaku seketika “ apa batal…? Kamu ingat ini majlis hari jadi ke.. senang senang iskandar nak batalkan” nada suara dato azhar dalam nada yang marah. Datin hayati menangis. “ maaf dato. Saya hanya sebgai wakil. Family iskandar segan untuk memberitahu” balas haikal. Dato azhar terduduk memikirkan apa yang akan terjadi pada anak perempuan nya “abang macam mana ni. Yati tak sanggup terima semua ne. kesian sara. Malu anak kita abang” datin hayati menangis tersedu sedan. Hannah segera memeluk mama sara. “aunty, jangan macam ne. uncle kita kena bagi tahu sara.” Kata Hannah. “Hannah tolong saya bagi tahu sara. Yang lain saya uruskan.” Balas dato azhar.
Hannah dan haikal melangkah keluar dari bilik bacaan. Ada mata melihat mereka keluar. Hannah dan haikal segera melangkah kebilik sara. Pintu dibuka perlahan. Terpanjul wajah Hannah dan haikal. “ ko pergi mana Hannah. Ha haikal pun ada sekali. Kalau macam tu jap lagi sara akan dinikahkan” suara gembira mira. Hannah masuk kebilik diikuti haikal dan pintu tersebut ditutup rapat. Mira pelik haikal ikut sekali masuk. “ish, asal mamat ne masuk sekali” bisik hati mira. Hannah duduk secara melutut dihadapab sara. Hatinya berat dan tak tahu bagaimana untuk dia katakana kepada sahabatnya yang paling dia sayang. “nape ne Hannah. Asal ko duduk cam ne. bangun lah duduk kat katil tu” sara berkata apabila Hannah duduk betul betul dihadapannya. Mata Hannah berair. Tank sanggup dia.” Hannah nape ko nangis ne. aku lom nikah lagi lah”kata sara. Agak pelik tiba2 hannah menangis. “sara dengar cakap ya. Dan ko kena terima berita ini. Iskandar batalkan majlis nikah ini. ‘ akhirnya terluah juga perkara tersebut. Sara terkaku seketika. Dia teringat akan mimpi dia .
“sara, maafkan is sebab is tak dapat nak meneruskan majlis ini. Maafkan is, sara” kata –kata yang diungkapkan iskandar dalam mimpi.
Oh tidak!!!! Sara bangun, Hannah tertolak kebelakang sikit. “ ko tipu Hannah. Is tak akan buat macam itu kat aku. Dia cinta kan aku” teriak sara. Air matanya gugur serta merta. “sara betul apa yang hannah cakap. Is tak akan datang. Dia batal kan majlis ne” teranag haikal pula. Sara maju kehadapan dan merentap baju melayu haikal. “apa ko kata. Is batalkan majlis ne. kenapa” mata sara merah menahan rasa marah dan sakit hatinya. Haikal tidak mampu melihat mata sara. “argh.. aku tak tahu sebabnya sara” sara melepaskan baju haikal. Dia terduduk jatuh dilantai bilik dia. “haikal, mana iskandar sekarang..?” Tanya sara. Haikal diam akan pertanyaan tersebut. Sara bangun dan segera merentap kembali baju melayu haikal. “aku Tanya mana is” sara bertanya lagi dengan suara yang dibesarkan. “dia…dia.. ada kat tempat biasa” jawab haikal.

















































